- Apabila bertemu dengan guru, kita perlu memberi salam kepadanya terlebih dulu.
- Kita perlu lebih banyak diam di hadapan guru, kecuali apabila diminta untuk bersuara.
- Sentiasa menunjukkan rasa puas hati dengan guru.
- Elakkan menyangkal kata-kata guru. Berkatalah dengan bijaksana.
- Elakkan berbisik-bisik dengan kawan di sebelah semasa guru mengajar di hadapan.
- Duduk dengan tenang dan beradab di hadapan guru.
- Apabila guru berdiri, hendaklah kita berdiri juga bagi menghormatinya.
- Bertanya apabila perlu sahaja, terutama apabila kita melihat guru sedang letih
- Sentiasa berbaik sangka dengan guru
- Jika mahu bertanya, pastikan guru sudah bersedia untuk menjawab soalan kita
-